Darab bermaksud penambahan nombor yang sama secara berulang-ulang. Simbol untuk operasi darab ialah 'x'. Lihat gambar rajah di bawah. Gambar rajah di bawah merupakan contoh penambahan berulang untuk 3 darab 5, yang ditulis sebagai 3 x 5.
Sifir adalah suatu daftar angka bagi hasil darab sesuatu nombor. Contoh sifir boleh dilihat pada gambar rajah di bawah.
Adalah satu kelebihan jika murid-murid mampu menghafal semua sifir. Walaubagaimana pun, ada alternatif lain yang murid-murid dapat praktikkan jika tidak mampu untuk menghafal sifir. Alternatif yang Cikgu Lizawati ingin kongsikan disini ialah, membina sifir 3 dengan menggunakan kotak ajaib dengan 3 langkah mudah sahaja. Lihat video di bawah ini.
Mudah sangatkan! Semoga memberi manfaat dan selamat mencuba ya!
Comments
Post a Comment